Anercal-plus-faq-KV-1600x700

Kami tahu anda ada soalan, jangan bimbang, kami disini untuk menjawab! Layari soalan-soalan lazim mengenai ENERCAL PLUS® 

Hubungi kami di talian 1-800-88-3433 untuk ketahui lebih lanjut

MAKLUMAT TENTANG PRODUK

Klik soalan untuk melihat jawapan

Apakah itu ENERCAL PLUS®?

ENERCAL PLUS® adalah suplemen nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk orang dewasa bagi menyokong keperluan nutrisi untuk kekuatan dan penghadaman.

Apakah nutrien utama dan kebaikan ENERCAL PLUS® yang baru?

ENERCAL PLUS® mengandungi:

  1. Protein tinggi daripada 50% Protein Whey dan 50% Protein Soya. Nisbah adunan Protein tinggi ini adalah senang dihadam oleh badan dan dapat membantu membaiki tisu otot untuk menyokong kekuatan otot.
  2. Nutrisi lengkap dan seimbang untuk menyokong keperluan nutrisi harian seseorang individu.
  3. Prebiotik FOS untuk menyokong penghadaman dengan membekalkan persekitaran usus yang baik. Kurang gula sebanyak 26% berbanding formulasi terdahulu dengan rasa yang sama enak.

Siapakah boleh mengambil ENERCAL PLUS®?

ENERCAL PLUS® sesuai untuk individu berumur 18 tahun dan keatas.

Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk menggantikan makanan harian?

Ya, ENERCAL PLUS® boleh diambil sebagai makanan gantian untuk senario seperti berikut:

  1. Individu yang sibuk: menggantikan satu makanan utama dengan 1 gelas ENERCAL PLUS® (1.5kcal = 9 pencedok + 180ml air) + 1 hidangan buah untuk hidangan yang seimbang
  2. Menurunkan berat badan: menggantikan satu makanan utama dengan 1 gelas ENERCAL PLUS® + 1 hidangan buah untuk hidangan yang seimbang
  3. Menaikkan berat badan: Tidak. Kami menyarankan untuk mengambil 2 gelas ENERCAL PLUS® sebagai tambahan kepada makanan harian utama (3 makanan utama, 2 snek)

Apakah saiz hidangan harian yang dicadangan bagi ENERCAL PLUS®?

Anda disarankan untuk mengambil 2 hidangan ENERCAL PLUS® sehari atau seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan anda.

KESESUAIAN

Klik soalan untuk melihat jawapan

Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk individu yang mengalami intoleransi laktosa?

ENERCAL PLUS® adalah bebas laktosa. Ia sesuai diambil oleh individu yang mengalami intoleransi laktosa.

Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk pesakit pra-kencing manis/ kencing manis?

ENERCAL PLUS® bukan dirumus untuk pesakit kencing manis. Sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum mengambil ENERCAL PLUS®.

Adakah ENERCAL PLUS® sesuai untuk vegetarian?

ENERCAL PLUS® mengandungi susu lembu.